Posts

Instagram shop

Assalamualaikum... Pada hari ini sis mahu share tentang penggunaan media sosial yang bukan sahaja boleh dijadikan sebagai tatapan peribadi. Namun media sosial juga boleh dijadikan untuk menjadi medium lubuk rezeki. Haa~~~ lubuk rezeki tau. Pada minggu lepas 08.03.2018 (Khamis) sis sanggup ambil cuti bagi menghadiri digital marketing yang di anjurkan oleh TM. Semasa kursus sis telah di dedahkan tentang kepentingan penggunaan website, medium sosial seperti Facebook, Instagram khusunya di mana di medium ini terdapat banyak nya followers. Oleh sebab itu sis belajar untuk membuka Instagram shoppee. Semoga Allah permudahkan. Amin.

Holiday trip to Seoul Musim Autumn

Image
Assalamualaikum... Seperti yang dijanjikan sis akan sambung menulis trip perjalanan ke Seoul, South Korea. Kali ini sis akan upload lebih banyak gambar. Akhirnya kami menunggu untuk fly Bermalam di KLIA2 membunuh masa sehingga tiba lah waktu yang dinantikan. Taraaa~ muka teruja Membelah langit biru!! Salah satu rukun travel kena upload gambar wing plane. Ihiks! Sis dah upload gambar sebelum, semasa pergi.. sekarang nak tunjuk gambar muka teruja bila dah sampai. Sampai terus mintak kawan ambik kan gambar untuk update dalam whatsapp. Ada lagi.. hahaha. Gambar bertiga di Incheon Airport. Steady awal Korea promo Pyeong Chang Olimpik 2018. Okey bawah last gambar. Next entry akan update lagi.

Jujur

Assalamualaikum... Wahai Diri.. Jujurlah Pada Diri Sendiri, kerana Allah Maha Mengetahui. Setiap pegerakan, tutur kata, lintasan hati Walaupun manusia tidak nampak, tapi Allah nampak. Peringatan untuk sis dan sahabat yang disayangi. 😊😊😊

I Seoul U- Pre Trip To Seoul Myy-Kul

Image
Assalamualaikum... Pada 12-19 Oktober 2017 (Musim Luruh) sis bersama 2 orang kawan telah pergi Seoul. Perancangan yang telah dibuat setahun awal. Dari hanya borak-borak kosong sehinggalah menjadi kenyataan. Seakan-akan tidak percaya apabila impian menjadi kenyataan. Kegembiraan memang melonjak sehingga petala kelapan kerana sis memang peminat KDrama. Hihihi. Yezzar sis pergi bersama 2 orang kawan sis. Kami mengambil flight malam untuk ke KL dan bertekad untuk menghabiskan malam hari di KLIA2 (sebenar nya agak penat bermalam di airport sebab kena korbankan waktu tidur. oh Zombie). Kegembiraan jelas terpancar di muka masing-masing.

KDrama Review- I AM NOT A ROBOT

Image
Assalamualaikum.. Kerana sis adalah peminat tegar KDrama maka sis ingin memberi sedikit ulasan KDrama yang sis follow setiap minggu.  Tajuk drama tersebut adalah 💘  I Am Not A Robot yang disiarkan di MBC. Sinopsis Drama: Mengisahkan seorang lelaki yang mengalami masalah allergy apabila didekati manusia. Hidup keseorangan selama 15 tahun dan dikelilingi oleh robot. Pada suatu hari beliau telah bertemu robot menyerupai manusia dan akhir nya timbul perasaan suka pada robot tersebut. Ottoke!!! Boleh ke?? Hehehehe.. Jadi nak tahu apa ending nya kena rajin  tengok episod seterus nya ye ;) Rating: Plot drama lain dari yang lain. So sis bagi 8/10. Why tak bagi markah penuh sis? Sebab nobody is perfect. Recommended untuk ditonton bagi siapa-siapa yang ingin mensantai kan minda.                                                      ...

Resepi Dabai Goreng

Image
Assalamualaikum. Kadang-kadang bila rajin biasa nya memang suka tengok gambar di status whatsapp. Sampailah tertengok status kawan yang mengujakan iaitu Dabai goreng. Biasanya kalau di rumah menu biasa dabai di rendam dengan air suam then campur kicap sahaja. Tapi bila musim dabai kali ini berminat lah pulak nak mencuba menu yang lain. Ada yang buat sambal dabai goreng. Tapi tekak sis lebih suka kan dabai goreng. Jom tengok resepi di bawah :) Resepi Dabai Goreng Bahan-bahan: 500gm Dabai Ikan Bilis (segenggam, ikut cita rasa sendiri) 1 ulas Bawang Besar 6 tangkai Cili Padi (kalau suka pedas boleh letak lebih) Serbuk perasa. Cara-cara: 1. Rendam dabai di dalam air suam-suam panas. Selepas 10-15 minit boleh cek sama ada dabai tersebut lembut ataupun tak. Kalau dah lembut, boleh lah asingkan isi dabai dari biji nya. 2. Goreng ikan bilis sehingga rangup/garing dan ketepikan. 3. Hiris bawang besar dan tumiskan ke dalam minyak yang panas sehingga naik bau. 4. Kemudian masu...