Resepi Dabai Goreng

Assalamualaikum.

Kadang-kadang bila rajin biasa nya memang suka tengok gambar di status whatsapp. Sampailah tertengok status kawan yang mengujakan iaitu Dabai goreng. Biasanya kalau di rumah menu biasa dabai di rendam dengan air suam then campur kicap sahaja. Tapi bila musim dabai kali ini berminat lah pulak nak mencuba menu yang lain. Ada yang buat sambal dabai goreng. Tapi tekak sis lebih suka kan dabai goreng. Jom tengok resepi di bawah :)

Resepi Dabai Goreng

Bahan-bahan:
500gm Dabai
Ikan Bilis (segenggam, ikut cita rasa sendiri)
1 ulas Bawang Besar
6 tangkai Cili Padi (kalau suka pedas boleh letak lebih)
Serbuk perasa.

Cara-cara:
1. Rendam dabai di dalam air suam-suam panas. Selepas 10-15 minit boleh cek sama ada dabai tersebut lembut ataupun tak. Kalau dah lembut, boleh lah asingkan isi dabai dari biji nya.

2. Goreng ikan bilis sehingga rangup/garing dan ketepikan.

3. Hiris bawang besar dan tumiskan ke dalam minyak yang panas sehingga naik bau.

4. Kemudian masukkan dabai yang telah di asingkan daripada biji.

5 Masukkan cili sehingga sebati.

6. Selepas itu masukkan serbuk perasa. Tutup api sekejap untuk sejukkan bahan-bahan yang telah ditumis.

7. Akhir sekali gaul bahan yang dah di tumis dengan ikan bilis.


Comments

Popular posts from this blog

I Seoul U- Pre Trip To Seoul Myy-Kul

Instagram shop